NADI X Awareness (KIS) - Taklimat Pengasuhan Digital II

5 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Mac 2026, bermula pukul 3.00 petang, 6 orang peserta NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI X Awareness (KIS) yang bertajuk Taklimat Pengasuhan Digital II.

Tujuan Taklimat Pengasuhan Digital adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan internet, peserta diberi pendedahan mengenai risiko dalam talian seperti buli siber, penipuan (scam), pencerobohan privasi dan bahaya media sosial. Kedua, ia bertujuan memberi panduan pengasuhan digital kepada ibu bapa, ibu bapa atau penjaga belajar cara memantau penggunaan gajet dan internet anak-anak supaya mereka menggunakan teknologi secara sihat dan terkawal.

Seterusnya ialah mendidik masyarakat menggunakan internet secara bijak dan beretika. Program ini bertujuan membentuk pengguna digital yang bertanggungjawab serta memahami kesan positif dan negatif teknologi. Akhir sekali, ia menggalakkan penggunaan teknologi secara selamat dan berfaedah. Peserta didedahkan dengan langkah keselamatan dan amalan terbaik untuk melindungi diri serta data peribadi ketika dalam talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali